Mohd Ming – Digital Wedding & Portrait Photographer

28/10/2010

Notis Perpindahan

Filed under: Uncategorized — mohdming @ 12:46 pm

Assalamualaikum, dan Salam Sejahtera..

Saya Mohd Ming dengan rasa sedihnya, mengumumkan blog saya akan berpindah ke domain yang baru, iaitu www.mohdming.com.

Kepada yang telah banyak menyokong dan membantu saya selama ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua. Tanpa anda, siapalah saya.
Dan mulai hari ini, saya akan mula mengepos entri-entri saya di blog baru yang telah saya maksudkan tersebut.

Kepada viewers ataupun pengunjung-pengunjung yang selalu ke blog ini, jangan khuatir. Entri-entri sebelum ini tidak akan saya buang, sebaliknya telah saya link kan di blog baru saya di tab “Old Blog”.

Baiklah, saya ni jenis yang tak banyak bercakap, so entri ni taklah panjang k. Selamat berjumpa lagi di tempat baru 🙂

Spread the love!

Ikhlas,
Mohd Ming
Junior Photographer
Mukhriz & Udey Photography / CST Production
Tel : +6013 – 7777 975
Email : mingdesto@gmail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/mingdesto
YM : mingdesto
Facebook : http://www.facebook.com/mingdesto
Twitter : http://www.twitter.com/mohdming

Advertisements

17/10/2010

Tahniah Shah & Kechik

Filed under: Uncategorized — mohdming @ 8:43 pm

IMG_2061r

SF & KB

IMG_2080r

IMG_2176r

IMG_2148r

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan Shah & Kechik atas perkahwinan mereka yang telah berlangsung semalam dan minggu lepas. Harap-harap tak terlambat lagi bagi saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka.

Shah ni merupakan teman seperjuangan saya di MU Photography. Beliau seorang yang gigih dalam menjalankan setiap assignment yang diberikan. Beliau juga seorang yang sungguh periang ketika bergambar. Di samping itu, beliau mempunyai strap kamera yang boleh menjadikan kamera yang berat bertukar menjadi sangat-sangat ringan. Anda boleh bayangkan? Oh saya tak dapat bayangkan. Dan oh ya, beliau juga seorang yang mempunyai mata yang lebih sharp daripada lens Canon 50mm f/1.2L.

Ok lah, sampai di sini sahaja pujian saya kepada Shah. Kepada Shah dan Kechik, selamat pengantin baru dan jangan gaduh-gaduh k. Tapi bertinju boleh. Tapi jangan bertinju di dalam rumah. Sila sewa gelanggang ok. Kepada Shah, sila belanja ai makan di seafood paling sedap di Malaysia ok. Bukan ai sorang saja, tapi teman-teman lain di MU Photography juga. Okeyy bye!

Ikhlas,
Mohd Ming
Junior Photographer
Mukhriz & Udey Photography / CST Production
Tel : +6013 – 7777 975
Email : mingdesto@gmail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/mingdesto
YM : mingdesto
Facebook : http://www.facebook.com/mingdesto
Twitter : http://www.twitter.com/mohdming

Blog at WordPress.com.