Mohd Ming – Digital Wedding & Portrait Photographer

13/04/2010

Selamat Bertunang, Sahabat!

Filed under: Uncategorized — mohdming @ 1:16 pm

IMG_0954

zaman bujang-bujang, single-mingle, tahun 2007. dah 3 tahun beb!

Assalamualaikum, Salam hormat..

Untuk entri kali ini, saya dedikasikan buat sahabat saya Mohd Hafiz bin Jamil yang telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya Siti Nabielah bt Abu Zarim. Majlis pertunangan kedua-dua kawan saya ini telah berlangsung dengan jayanya di Bandar Seri Putra Bangi. Tahniah saya ucapkan.. Apa lagi, mari kita saksikan apa yang sempat saya rakam hujung minggu yang lepas..

IMG_8155

IMG_8197

IMG_8095

IMG_8215

IMG_8202

IMG_8157

IMG_8279

IMG_8259

IMG_8272

IMG_8330

IMG_8386

IMG_8391

IMG_8611

IMG_8450

IMG_8604

IMG_8522

IMG_8531

kepada Hafiz & Nabila, selamat menjejaki alam baru dalam hubungan kallian. Semoga terus berbahagia okay? Jangan nakal-nakal, nanti mak marah. InsyaAllah kalau diizinkan, nikah korang nanti aku nak join shoot jugak. Jangan lupa hantar kad okey? 🙂

Oh ya, shoot hafiz dan nabila ni ditemani oleh Lokhman Hakim, Helmi Baharuddin & Amirul Yeo.

p/s : Melbourne tengah melambai-lambai dari jauh.. haddoi

photostock : klik sini
untuk paparan gambar lebih besar : klik sini

Advertisements

06/04/2010

FREE? bayar?

Filed under: Uncategorized — mohdming @ 9:09 am

Dipetik dari laman sesawang FOTOTEACHER.COM

Bagi anda yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan…

Kita tentu selalu dengar ayat macam ni – “Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?” Ayat ni kita biasa dengar bila ‘kawan’ kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka… Masalahnya di sini:

1) Diskaun ‘harga kawan-kawan’ tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja… Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi…

2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni…

Maaflah, wahai ‘kawan-kawan’, saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?

Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, “Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!” Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.

Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni…) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar – dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia…

Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, “Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita”

So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh ‘rugi’ untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.

Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami, saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, “Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain….”

Apa pendapat anda? Mari kita kongsi bersama…

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Entry asal 23 April 2007

Blog at WordPress.com.